Sunday 29 March 2015

Insan Yang Amat Merinduimu


Kau kata kau sayang, kau kata kau cinta
Kau kata kau tak mahu kehilanganku, kau kata kau akan setia.
Tetapi mengapa akhirnya kau melafazkan kata perpisahan antara kita?
Besarkah salahku, besarkah dosaku terhadapmu,
Sehingga kau sanggup melepaskan aku untuk selamanya.
.
.
Kau kata kita akan sehidup semati, kau kata kau akan bahgiakan aku.
Tetapi mengapa ini kau kau lakukan?
Tak ku sangka cinta yang sekian lama disemai bertahun lamanya,
Akhirnya terlerai begitu sahaja. mengapa sanggup engkau melepakan aku.
.
.
Adakah kesempurnaan yang kau cari? 
Andai aku tak sempurna, sempurnakanlah aku
Andai aku bersalah, tuntunlah aku agar aku boleh jadi yang terbaik untukmu
.
.
Tak ku sangka pertemuan yang lalu adalah pertemuan yang terakhir buat kita,
Harapan dan segala impian yang kita mahu ciptakan ternyata hanyalah mimpi sahaja
.
.
Jika ini pengakhiran kisah cinta kita selama bertahun dijalinkan,
Aku redha dengan apa yang terjadi. aku cuba terima walau terlalu berat.
Aku akan cuba melupakanmu walaupun aku sedar aku tidak mampu
Kenangan yang selama ini kita ciptakan, akan aku buang ia jauh walau ku tak rela
.
.
Semoga kau temui cinta yang sebenar, dan bahgia bersama yang baru,
Doa ku agar dia boleh membahagiakanmu jauh lebih bahgia dari aku.
.
.
Sejujurnya aku masih menantikanmu jika hatimu masih terbuka untukku,
Jika hatimu tidak lagi untukku, aku kan terima dengan ikhlas hatiku.
.
.
Nota ini adalah yang terakhir ku cipta untukmu agar kisah cinta kita dan kenangan ini
akan aku simpan buat selamanya. 
Aku ingin kau tahu bahawa kau ada lah cinta pertama dan terakhirku.
Hatiku hanya kekal padamu seorang.
.
.
INSAN YANG MERINDUKAN MU
-UMAIRAH-              

No comments:

Post a Comment